Monday 23 May 2011

kaya!!!

KENAPA KITA TAK KAYA??
BILA NAK KAYA NIE????
adus.. aku selalu je dengar soalan macam ini. kadang-kadang, kaya harta benda ni tak seindah mana pun. kaya dengan kasih dan sayang adalah benda yang boleh kita buat kita berasa amat kaya sekali, walaupun kita tidak mempunyai harta kebendaan yang banyak. janganlah dipersoal kan kenapa kita tidak kaya dan bila kita nak kaya. ALLAH S.W.T lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba nya dan setiap kejadian - Nya pasti bersebab, hanya kita yang tidak mengetahui akan sebab-sebabnya. Dan yakinlah, segala rezeki itu datang nya dari ALLAH S.W.T dan jangalah kita pertikaikan segala rezeki yang telah Dia turunkan kepada kita. Janganlah kita menjadi seorang yang tidak pandai bersyukur atas segala rezeki yang telah Dia berikan. Kalau kita sekaya mana sekali pun tetapi segalanya datang dari sumber yang tidak halal, selamat kah kita?? YA.. mungkin kita akan selamat di dunia, tetapi bagaimana pula di akhirat nanti?? guane gamok boh??? kito ni dok idup selama-lamnya boh!

Kadang-kadang, kita akan persoalkan mengapa kita tidak kaya apabila ada hati busuk manusia yang saje je nak buat kita rasa sedih dan menyebabkan kita mempersoalkan segala ketentuan yang telah ALLAH S.W.T berikan.Janganlah kita memikirkan apa yang orang cakap kan, nak-nak lagi kalau kita kenal orang tu macam mana perangainya kan. Memang lah sebagai manusia yang mempunyai perasaan yang halus terasa ingin untuk menangis,menjerit and "what eva lah " yang sewaktu dengan nya, dan tidak salah untuk kita menangis, Tapi biarlah kita menangis di atas sejadah untuk memohon kekuatan kepada Tuhan kita, Kerana ALLAH S.W.T itu sentiasa ada dan mendengar luah-luahan hati hambanya. Dan ALLAH S.W.T memang suka apabila hamba-Nya memohon pertolangan dari-Nya ketika berada di dalam kesusahan. Bohong lah kalau nak cakap tak ada orang yang tak pernah fikir untuk hidup senang kan?? tapi biarlah kena dengan gaya nya. Jangan sampai amik jalan mudah untuk hidup senang. Anak-anak orang kaya yang dekat luar tuh, bersyukurlah sebab korang dilahirkan dalam keluarga yang senang. Untuk teman-teman yang kat luar sana yang tak berapa nak senang tuh, COOL bebeh... cukup lah sekadar kita dapat cukup makan, pakai dan tidak sampai tidur di bawah jambatan. Aku lebih bangga mencari harta benda dengan hasil titik peluh sendiri.. korang pulak macam mana??

bersyukurlah dengan apa yang kita ada!!


p/s : kalau kita pikir kita susah, ada lagi orang yang lebih susah dari kita..

No comments:

Post a Comment