Monday 18 April 2011

sahabat oohhh sahabat!!!!

sahabat..oooo sahabat..apa lah ertinya sebuah kehidupan tanpa sahabat-sahabat yang menemani kite di saat luka dan bahagia..aku nie boleh dikatakan mempunyai ramai sahabat, dan kebayankkannya adalah perempuan.kenapa aku x ramai sahabat dari golongan adam pun aku x pasti lah,tapi tu bukan lah isunya,aku nak luahkan isi hati aku,aku nak kata aku nie seorang sahabat yang terlalu baik tidak lah.tapi, aku akan sentiasa berusaha untuk membantu sahabat-sahabat aku yang berada dalam kesusahan..tetapi hati aku telah terguris apabila niat baik aku menolong sahabat aku tidak dihargai...aku tidak mahukan pujian,aku tidak mahukan balasan,itu semua x penting.aku hanya perlukan seorang sahabat!!!. tapi aku x perlukan seorang sahabat yang menipu!!!lari dari aku!! pentingkan boyfriend yang langsung tak menghargai sahabat..hanya menggunakan sahabat di saat susah..ahhh...sometimes aku rase penat, letih nak menolong sahabat-sahabat yang berada dalam kesusahan..kerana mereka hanya gunakan aku di saat kesusahan,dan lupakan aku bila x di perlukan..hati aku terguris di saat ini..kerana aku budak gemok yang juga mempunyai perasaan...dan aku budak gemok yang sentiasa sayangkan sebuah persahabatan!!! 

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
 
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
 
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
 
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
 
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
 
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
 
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
 
Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..


p/s : aku hanya ingin menjadi seorang sahabat yang berguna..
 

No comments:

Post a Comment